fbpx

Scha Elinnea tayang kekasih dalam TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Scha Elinnea memberi bayangan sedang bahagia menjalani hari-hari bersama kekasih hati.

PETALING JAYA – Selepas terpalit rentetan kontroversi, nama pelakon sensasi, Scha Elinnea kembali memanas dalam ruangan TikTok apabila berkongsi satu kompilasi gambar bersama dengan seorang jejaka yang didakwa kekasihnya.

Dengan kapsyen ringkas Date Night seolah-olah memberi bayangan sedang sedang bertemu janji dengan kekasih hatinya dan dalam fasa bahagia.

Perkongsian gambar memaparkan pelakon drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang sedang erat memegang tangan seorang jejaka itu mengundang pelbagai respon orang ramai.

“Privasi namun bukan rahsia, ya itu yang kita mahukan,” tulis seorang peminat di ruangan komen TikTok.

“Lah, dah ada kekasih ke? nampak macam bukan main mesra lagi dengan pelakon lelaki lain,” soal pengguna TikTok itu.

“Kalau benda baik, kenapa mahu sorok, cepat-cepat kahwin, selesai,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, nama Scha Elinnea atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 23, pernah hangat apabila memuat naik gambar yang memaparkan ukiran tatu berbentuk tulisan di badannya yang dihujani ribuan tohmahan netizen.

Ringkasnya, nama pelakon asal Sungai Petani, Kedah ini tidak pernah sepi dalam radar industri hiburan kerana dihimpit oleh pelbagai kontroversi, bahkan tindak tanduknya selalu mencuri perhatian dan menimbulkan pelbagai spekulasi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI