fbpx

Lelaki hempuk kepala babi hutan masa redah banjir dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tindakan seorang lelaki mengetuk kepala seekor babi hutan menggunakan dayung mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

PETALING JAYA – Video tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan seorang lelaki bertindak mengetuk kepala seekor babi hutan menggunakan dayung, menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @Kucing Kerong, kelihatan beberapa ekor babi hutan sedang berenang mengharungi banjir dan cuba mendekati sebuah bot yang dinaiki sekumpulan individu ketika melalui kawasan tersebut.

“Mangsa (babi hutan) banjir dipukul dengan dayung apabila cuba naik dalam bot,” ciapnya.

Dalam pada itu, seorang lelaki bertindak mengetuk kepala haiwan berkenaan bagi menghalaunya pergi daripada terus mendekati bot mereka.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Kelantan apabila negeri tersebut dilanda banjir kilat sejak beberapa hari lalu ekoran hujan lebat berterusan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut kerana menurut mereka ia adalah bentuk penderaan terhadap haiwan dan disifatkan sebagai kejam.

“Ini jelas satu tindakan yang kejam, walaupun ia adalah haiwan liar mereka tidak menyerang tetapi hanya cuba menyelamatkan diri. Tidak perlu memukul, atau ketawa seperti orang bodoh,” kata seorang pengguna.

“Mereka yang cari masalah, pada awal video boleh kita dengar sekumpulan individu atas bot membuat bunyi salakan anjing, dan tindakan itu menarik perhatian babi hutan untuk datang dekat,” komen @Aliahsyuk.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna memberi pandangan positif terhadap situasi tersebut apabila tindakan lelaki itu dikatakan untuk mempertahankan diri daripada diserang haiwan berkenaan.

“Musim-musim banjir, ada haiwan yang akan lebih agresif, mereka itu hanya nak pertahankan diri dan daripada diserang, lebih baik bertindak awal daripada terbalik masuk air banjir,” ujar @Messii99. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI