fbpx

Tanah runtuh: Mangsa dijumpai selepas laungan azan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Iqhmal Kamaruddin, 29, pegawai Bomba yang melaungkan azan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands sekitar pukul 11 pagi tadi.

HULU SELANGOR- Memasuki hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuklah melaungkan azan di lokasi kejadian.

Paling mengejutkan, 15 minit selepas azan dilaungkan, mayat ke-26 iaitu lelaki dewasa telah ditemui di kawasan Sektor B.

Pegawai bomba yang melaungkan azan tersebut, Mohd. Iqhmal Kamaruddin, 29, berkata, sejak hari kejadian yang berlaku Jumaat lepas, mereka tidak pernah melaungkan azan sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya ini hasil perbincangan antara dua orang Pegawai Kanan Bomba dan seorang pegawai Anggota Pertahanan Awam dalam Pos Kawalan Hadapan (PKH).

“Mereka rasa mungkin ini salah satu ikhtiar sebab kita tahu azan ini bukan panggil orang solat sahaja tetapi untuk cari orang hilang dan sesat,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Menurut Iqhmal, selepas azan yang dilaungkan pada sekitar pukul 11 pagi, mereka berjaya menemukan mangsa yang ke-26, sekitar 11.15 pagi tadi.

Jelasnya, setiap hari sebelum memulakan operasi memang akan dibacakan doa buat keselamatan seluruh anggota, namun baru hari ini mereka ikhtiar dengan melaungkan azan.

“Setelah penemuan mangsa kanak-kanak wanita malam tadi, ada ura-ura terdapat dua orang mangsa lagi namun sebabkan keadaan yang gelap dan berbahaya, operasi terpaksa disambungkan ke hari ini,” kata Iqhmal yang bertugas di Cawangan Pendakwaaan Kebombaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan laungan azan oleh seorang anggota Bomba di lokasi kejadian yang dimuat naik di Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor pagi tadi.

Sehingga kini, jumlah mangsa yang masih hilang adalah 7 orang, daripada keseluruhan mangsa yang terlibat iaitu 94 orang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI