fbpx

Pejalan kaki maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang telah ditutupi kain putih di lokasi kejadian.

KLANG – Seorang lelaki warga Myanmar maut dilanggar lari ketika melintas jalan dalam kejadian di Batu 5, Jalan Kapar di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, mangsa dikenali Mya Than,41, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang melintas jalan dari arah kanan ke kiri jalan di lokasi tersebut.

Katanya, sebuah kenderaan yang dalam perjalanan ke Kapar dari Klang kemudiannya telah melanggar mangsa.

“Akibat kemalangan mangsa tercampak sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kita sedang mengesan kenderaan yang terlibat dalam insiden dipercayai langgar lari tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Vijaya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Zulkanain Johari di talian 019-5597107.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI