fbpx

Banjir: PM tinjau projek PLSB Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa meninjau projek PLSB Sungai Golok di Lubok Jong, Pasir Mas sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

PASIR MAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Lubok Jong di sini hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 5.30 petang dan meluangkan masa kira-kira lima minit untuk melihat dan meninjau situasi banjir sebelum beredar ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja di sini.

Sebelum ini, projek PLSB Sungai Golok di Kuala Teluk, Kampung Lachang, Rantau Panjang pecah pada pukul 5.30 petang semalam.

Situasi itu bakal menyaksikan beberapa kawasan di Tumpat seperti Kampung Bendang Pak Yong, Kampung Simpangan, Kampung Naga Ibu dan kawasan sekitar dilanda banjir.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha berkata, ban yang pecah itu melibatkan kawasan sepanjang 50 meter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI