fbpx

Sans Aesthetic Wellness mahu buka lima cawangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
San Chin (tengah) selepas majlis menandatangani perjanjian pengambilalihan dan pelancaran produk di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kumpulan Sans Therapeutics Berhad (Sans) bercadang untuk membuka lima lagi cawangan baharu Sans Aesthetic Wellness yang memfokuskan kepada estetika dan keindahan kesejahteraan.

Pembukaan cawangan baharu itu akan direalisasikan melalui sistem francais yang mana syarikat memerlukan rakan kongsi perniagaan untuk turut serta dalam perniagaan tersebut.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans, Dr. Tan San Chin berkata, pengembangan syarikat dalam bidang kecantikan dan estetika ini dilaksanakan melalui pengambilalihan X Beauty & Aesthetic oleh Kumpulan Sans baru-baru ini dan seterusnya mahu menguasai pasaran serta mengukuhkan jenamanya dalam industri tersebut.

Jelas beliau, selepas pengambilalihan itu, X-Beauty & Aesthetic dinamakan semula sebagai Sans Aesthetic Wellness dan turut mengambil alih enam cawangan sedia ada yang terletak di Kota Damansara, Puchong, Selangor; Sri Petaling dan Cheras di Kuala Lumpur serta Nusa Bestari dan Skudai, Johor.

“Kami juga bercadang untuk menyenaraikan kumpulan Sans di pasaran saham dalam tempoh tiga tahun akan da­tang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pemeteraian perjanjian pengambilalian X-Beauty & Aesthetic oleh Sans di sini baru-baru ini.

San Chin menjelaskan, para pelanggan yang masih menjalani rawatan berterusan di cawangan X-Beauty & Aesthetic digalakkan untuk terus mendaftar di cawangan sedia adanya dengan membawa resit asal bagi mendapatkan rundingan secara personal,” jelasnya.

Selain itu, dalam majlis yang sama, Sans Aesthetic Wellness telah melancarkan Lab Series, set produk penjagaan kulit sehenti terbaharu yang dapat memenuhi keperluan pelanggan.

Lab Series diperbuat daripada bahan semula jadi yang dibangunkan oleh pasukan yang mempunyai lebih 30 tahun kepakaran dalam menghasilkan produk penjagaan kulit menerusi penyelidikan dan pembangunan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI