fbpx

Kejadian pelik muncung jet tentera AS terjunam di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muncung jet pejuang kalis radar F-35B Lightning II terjunam pada landasan di sebuah pangkalan tentera di Fort Worth, Texas pada Khamis lalu. - Twitter

FORT WORTH – Seorang juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berjaya menggunakan kerusi anjal untuk keluar dari sebuah jet pejuang kalis radar F-35B Lightning II bernilai £80 juta (RM429.85 juta) di Texas, lapor potal berita The Sun semalam.

Juruterbang itu menggunakan kerusi anjal selepas jet tersebut mendarat dalam keadaan yang pelik apabila muncungnya terjunam pada landasan ketika ia mendarat secara tegak di sebuah pangkalan tentera di Fort Worth, kelmarin.

Rakaman video luar biasa menunjukkan jet itu turun secara menegak perlahan-lahan seperti pendaratan sebuah helikopter dan sebaik sahaja mendarat, ia melantun beberapa kali ke udara sebelum muncungnya menjunam di atas landasan.

Pada ketika itu, juruterbangnya menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri, manakala syarikat Lockheed Martin iaitu pengeluar jet tersebut mengaku kejadian nahas itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata: “Kami menyedari nahas F-35B di landasan Pangkalan Simpanan Bersama Stesen Udara Tentera Laut di Fort Worth dan memahami bahawa juruterbang itu berjaya menyelamatkan diri.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami akan mengikut protokol siasatan yang sesuai.”

Sejak tahun 2015, Tentera Udara AS telah mengalami masalah dengan pendaratan secara menegak jet tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI