fbpx

‘Pak Long’ aktif pecah rumah, curi tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Kelicikan ‘Pak Long’ bersama lima orang bawahannya melakukan jenayah pecah rumah dan curi motosikal sejak lima bulan lalu berakhir selepas diberkas sekitar daerah ini, semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia 20 hingga 30an ditangkap bermula pukul 2.37 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan itu susulan laporan kejadian pecah rumah di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah pada 11 Disember lalu.

Katanya, mangsa merupakan seorang wanita berusia 70 tahun telah kerugian RM10,000 melibatkan barangan seperti enam buah motosikal, dua unit kompresor aircond dan masing-masing satu bagi basikal, mesin jahit, mesin basuh dan televisyen yang telah dilarikan pencuri.

“Hasil pemeriksaan terdapat dua cap jari berjaya ditemukan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan pihak polis.

“Semasa kejadian, tiada penghuni di rumah tersebut memandangkan pengadu telah tinggal bersama dengan anaknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, bertindak maklumat kemudiannya membawa serbuan dan tangkapan terhadap enam suspek selain merampas dua buah motosikal yang dilaporkan hilang.

“Hasil siasatan lanjut mendapati tangkapan itu turut melibatkan dalang utama kes itu dikenali ‘Pak Long’.

“Geng ini telah bergerak aktif sejak lima bulan lalu dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek lain yang terlibat,” katanya.

Jelas beliau, keenam-enam suspek tersebut kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI