fbpx

Kanak-kanak buat aksi ngeri, panjat pagar balkoni pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kanak-kanak memanjat pagar balkoni di sebuah pangsapuri tidak diketahui lokasinya.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak melakukan aksi ngeri apabila bertindak berani memanjat pagar besi di balkoni rumahnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri yang tidak diketahui lokasi tersebut.

Video kanak-kanak itu memanjat pagar balkoni tular selepas dimuat naik pengguna media sosial sekali gus mengundang kerisauan orang ramai.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak yang tidak diketahui jantinanya itu memanjat pagar balkoni rumahnya serta ke rumah jiran di sebelah, sebelum berpatah semula ke kediamannya.

Tidak kelihatan orang dewasa di bahagian balkoni rumah kanak-kanak tersebut selain tidak dapat dipastikan aras ketinggian pangsapuri itu.

Malah, kedengaran suara seorang wanita menjerit memanggil ‘adik, adik’ bagi meminta kanak-kanak tersebut turun daripada pagar balkoni.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna melahirkan rasa bimbang dengan keberanian kanak-kanak tersebut memanjat pagar balkoni.

“Ya Allah, kalau jatuh. Mana ibu ayah dia,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Memang sebaik-baiknya rumah tinggi macam ini, kena ada jeriji atau pagar biar tinggi. Tahun lepas di blok rumah saya, budak jatuh dari tingkat tiga. Nasib baik budak itu patah kaki saja, seram juga,” kongsi seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI