fbpx

Mayat budak tiga tahun jatuh tali air dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Sufi Eijas yang lemas di kawasan tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mayat budak lelaki berusia tiga tahun yang terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, petang semalam ditemui sebentar tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, mayat Muhammad Sufi Eijas Mohd. Sobrey ditemui lemas pada pukul 11.34 pagi tadi.

“Mayat mangsa dijumpai terapung di permukaan tali air tersebut kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

“Pasukan mencari dan menyelamat telah menaikkan mayat mangsa ke tebing tali iar sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Mazimi berkata, seramai 68 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Relawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat berkenaan.

Beliau berkata, operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian 4.15 petang semalam, Muhammad Sufi Eijas dipercayai terjatuh ke dalam tali air sedalam enam meter ketika dibawa bersiar-siar bersama dua beradiknya oleh bapanya, Mohd. Sobrey Ramli, 32. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI