fbpx

Akta Suruhanjaya Bebas Kelakuan Polis berkuat kuasa Jun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Akta Suruhanjaya Bebas Kelakuan Polis (IPCC) 2020 akan berkuat kuasa mulai Jun 2023.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mengenai tarikh penguatkuasaan akta tersebut.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Wan Ahmad dan ia akan dikuatkuasakan pada Jun tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu, Rang Undang-undang IPCC telah dibentangkan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum diluluskan di Parlimen pada Julai lalu.

Ia difahamkan bagi menggantikan Rang Undang-undang Bebas Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI