fbpx

Persimpangan Ijok-Puncak Alam ditutup empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta laluan yang terlibat.

KUALA SELANGOR – Persimpangan Ijok ke Puncak Alam di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), di sini, akan ditutup selama empat hari minggu depan.

Penutupan itu bagi pelaksanaan kerja pemasangan rasuk jambatan (beam) untuk menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.

Jurucakap LATAR berkata, persimpangan itu akan ditutup pada 29 dan 30 April ini, diikuti 2 dan 3 Mei depan bermula 12.01 tengah malam hingga 5 pagi.

“Ia melibatkan laluan kedua-dua arah di kilometer 0 hingga 12.3 kilometer. Justeru, lencongan trafik kepada pengguna lebuh raya akan diaktifkan di kawasan tersebut nanti.

“Pengguna menghala ke Ijok dan Kuala Selangor akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor melalui Persimpangan Puncak Alam selain Jalan Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas beliau, papan tanda arah sementara akan ditempatkan di lokasi utama bagi memberi panduan kepada pengguna lebuh raya.

“Bagi laluan menghala Kuala Lumpur dan Rawang, ia akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor,” ujarnya.

Tambah jurucakap itu, pihaknya memohon maaf atas kesulitan itu dan menasihatkan pengguna mematuhi isyarat papan tanda arah trafik sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI