fbpx

Isu KK Mart: Biar polis nilai, ambil tindakan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – “Biar pihak polis menilai keadaan dan mengambil tindakan,” itu kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu KK Mart ketika ini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi ketika ditanya adakah Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh termasuk dalam kelompok ‘penghasut’ berkait isu stoking tertera kalimah Allah yang dicetuskan KK Mart.

“Saya tak sebut (mengesahkan adakah Akmal termasuk dalam kelompok penghasut). ‘You are putting the word into my mouth’. Tak adillah untuk saya,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya tindakan segera diambil kepada pihak yang cuba menghasut rakyat terutama berkait isu KK Mart sehingga mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melihat trend bersifat menghasut, menganjurkan keganasan dan tindakan melampau yang boleh menjejaskan keamanan hasil daripada aktiviti menghasut.

Katanya, beliau akui wujudnya golongan yang kerjanya membangkitkan soal keresahan dalam bentuk hasutan yang melampau dan kemudiannya mencetuskan tindakan.

“Ini semua memerlukan pihak keselamatan (polis) untuk ambil tindakan. Jadi, itu perkara kita bincang semalam pada mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI