fbpx

KDN beri jaminan permohonan kewarganegaraan hanya setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan permohonan kewarganegaraan hanya memakan masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, itu komitmen yang akan dilaksanakan KDN di mana akan memaklumkan keputusan permohonan dalam tempoh berkenaan.

Katanya, pada masa sama, setiap permohonan yang gagal juga akan dimaklumkan mengenai sebab penolakan kepada pemohon.

“Apabila pindaan ini lulus permohonan akan diberitahu keputusannya dalam tempoh setahun. Ini komitmen kita,” katanya pada Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian dan Media di sini tadi.

Pindaan itu adalah merujuk kepada Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan 1(c) Bahagian II Jadual Kedua.

Pada masa ini, seksyen tersebut hanya membenarkan kerakyatan automatik kepada anak-anak yang dilahirkan selepas 16 Sept 1963 (Hari Malaysia) di luar negara jika bapa mereka adalah warganegara Malaysia dan bukan jika ibunya sahaja adalah warganegara Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI