fbpx

1,466 kes disiplin anggota polis sejak 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,466 kes disiplin membabitkan anggota polis telah dilaporkan sejak tahun 2022 sehingga kini oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, setakat 15 Mac lalu, sekitar 218 aduan telah diterima suruhanjaya bebas tersebut.

“Persoalan mengenai bagaimana pelarasan yang dibuat IPCC dan Jabatan Integriti PDRM (JIPS) ialah dalam dua bentuk iaitu yang pertama dari segi tindakan yang disyorkan.

“Manakala yang kedua adalah hasil siasatan IPCC yang kemudiannya dikemukakan kepada JIPS untuk dilaksanakan tindakan yang sewajarnya diatas syor yang dikemukan oleh IPCC,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Teresa Kok (PH-Seputeh) yang ingin tahu jumlah anggota polis yang telah diambil tindakan disiplin sejak Disember 2022. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI