fbpx

Refal Hady tak setuju ibu ‘kenenkan’ jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REFAL Hady pernah dicarikan jodoh oleh ibunya sebelum ini.

SINGAPURA – Pada saat ramai ibu bapa zaman sekarang menjodohkan anak dengan pilihan mereka, pelakon kacak kelahiran Indonesia, Refal Hady sebaliknya tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Refal atau nama sebenarnya, Reza Fahlevi Alhady, 29, berpendapat, anak-anak generasi sekarang perlu diberikan ruang dan peluang untuk berkahwin dengan pilihan sendiri.

“Ibu bapa pernah memaksa saya berkahwin dengan wanita pilihan mereka tetapi jodoh itu tidak ‘menjadi’.

“Untuk itu, saya akan menentukan jodoh sendiri dan dengan siapa saya akan habiskan hidup. Sungguhpun begitu, bergantung juga dengan keadaan.

“Kadang-kadang pilihan ibu bapa kita ‘menjadi’ namun ada masanya berakhir dengan kegagalan,” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi temu bual drama lakonannya, Wedding Agreement the Series di sini, baru-baru ini.

Jelas Refal lagi, ibu bapa sekarang juga harus menyedari bahawa zaman sudah berubah dan pernikahan adalah perkara yang sangat rumit.

Hal ini kerana, ikatan suci tersebut merupakan satu perjanjian bagi tempoh panjang bagi pasangan yang menjalani kehidupan berumah tangga.

Refal (kanan) bersama seorang lagi figura seni Indonesia, Risa Saraswati ditemui pada acara Asia Pacific Disney Content (APAC) di Singapura, baru-baru ini. – Foto Ihsan Disney.

“Saya tahu bahawa ibu bapa semuanya mahu yang terbaik buat anak mereka. Bagi saya, cuba boleh (mencarikan jodoh). Cuma jangan jadikan itu sebagai paksaan.

“Hal ini kerana, hidup kita adalah pilihan kita. Kitalah yang memilih apa yang terbaik buat diri sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu, berbicara tentang peranannya memainkan karakter dalam siri Wedding Agreement the Series tayangan Disney+ Hotstar, Refal berkata, watak Bian sangat mencabar.

“Saya sangat percaya dengan kerja Archie Hekagery (penulis skrip dan sutradara). Namun sebagai seorang aktor, cabaran utama adalah untuk ‘memanusiakan’ karakter.

“Bagaimana untuk menghidupkan watak yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

“Kita sebagai pelakon ingin penonton percaya pergelutan emosi dalam cerita, pemikiran dan tindakan karater dimainkan. Itu yang saya ingin cernakan menerusi peranan Bian dalam siri ini,” jelasnya.

Wedding Agreement the Series merupakan salah sebuah karya asli Indonesia yang boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar dan musim kedua siri tersebut bakal menyusul tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI