fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan pengantin lelaki mencium dahi pengantin perempuan selepas akad nikah. - TikTok

‘Atuk’ 91 tahun kahwin kali kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 91 tahun di Kabupaten Wajo, wilayah Sulawesi Selatan melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita berumur 32 tahun, lapor laman berita Lambe Turah. 

Pengantin lelaki bernama H Muhammad itu merupakan bekas pegawai polis. Dia berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Megawati berasal dari Kabupaten Soppeng. 

Perbezaan usia kira-kira 59 tahun tidak menghalang mereka untuk mendirikan rumah tangga, meskipun ia merupakan perkahwinan kali ke-5 buat Muhammad. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sosmed.sinjai menunjukkan Muhammad mencium dahi isterinya selepas selesai akad nikah. 

Dia turut memberikan mas kahwin sebanyak 44 riyal (RM48).

Rakaman itu mencatatkan lebih 57,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Luar biasa,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN