fbpx

Konflik harta, Veena Kapoor mati dibelasah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN menyayat hati yang berlaku pada Veena Kapoor hanya diketahui selepas seminggu.

GARA-GARA pertelingkahan isu hartanah bernilai RM6.4 juta, pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor mati di tangan anak lelakinya sendiri.

Dramatis berusia 74 tahun itu dilaporkan dibelasah teruk menggunakan kayu besbol dalam pergaduhan dengan suspek yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat.

Anaknya, Sachin Kapoor, 45, membuat pengakuan telah membunuh pelakon itu pada awal bulan ini ketika disoal siasat polis.

Mangsa difahamkan mati serta-merta selepas dipukul berulang kali pada bahagian kepala, manakala mayatnya dibuang di sebuah sungai di daerah Raigad, Mumbai, kira-kira 90 kilometer dari kediamannya di Juhu.

Polis turut menahan pembantu Veena yang berusia 25 tahun atas dakwaan mempunyai kaitan dengan pembunuhan mengerikan tersebut.

Kehilangan mendiang disedari pengawal keselamatan kediamannya yang kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Berita kematiannya pula hanya tersebar selepas lebih seminggu tragedi berlaku apabila seorang paparazi mengulang siar hantaran dimuat naik rakannya yang juga pelakon menerusi media sosial.

Aktres berkenaan, Neelu Kohli dalam hantaran tersebut menyatakan tergamam sebaik mendapat khabar
menyedihkan membabitkan Veena.

“Saya kehilangan kata-kata. Saya berharap kamu dapat berehat dengan tenang selepas bertahun-tahun bertarung mempertahankan rumahnya,” katanya.

Untuk info, Veena memulakan kerjaya lakonan sekitar awal tahun 2000 dengan membintangi produksi televisyen seperti Ajooni, Bandhan Pheron Ke, Meri Bhabhi dan Dal: The Gang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI