fbpx

PM ucap tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah yang dikongsi di laman Facebook Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-77 baginda hari ini.

Anwar menzahirkan ucapan itu kepada Sultan Sharafuddin menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,”tulisnya.

Tambah Anwar, beliau turut mendoakan baginda kekal qarar memerintah rakyat Selangor dengan adil dan saksama.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Dirgahayu Tuanku,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI