fbpx

Tukang gunting terbang ke Qatar potong rambut pemain pasukan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain pasukan England, Alsanawi juga dihubungi oleh ahli skuad Perancis. - instagram/astarbarbers

DOHA – Seorang tukang gunting rambut yang menaiki pesawat ke Qatar untuk memotong rambut bintang-bintang bola sepak England telah dihubungi oleh pasukan Perancis, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Ahmed Alsanawi yang memiliki kedai A Star Barbers di Surrey, Britain telah mengembara bersama isteri dan rakan kongsi perniagaannya, Tanya ke lokasi Piala Dunia 2022 untuk menawarkan khidmat kepada beberapa bintang bola sepak.

Alsanawi berkongsi gambarnya memotong rambut beberapa pemain seperti Phil Foden, Marcus Rashford dan Jack Grealish.

Bagaimanapun, Alsanawi turut dijemput melawat kem pasukan kebangsaan Perancis yang dijadualkan menentang pasukan England pada peringkat suku akhir yang sukar awal pagi esok.

“Kami telah memotong rambut pemain seperti Marcus Rashford, Jack Grealish dan Phil Foden selama bertahun-tahun. Saya diterbangkan oleh sesiapa yang memerlukan saya.

“Saya ditempah oleh pasukan England, Perancis dan sesiapa sahaja yang berjaya melepasinya (perlawanan). Saya juga bekerjasama rapat dengan pasukan Belgium,” kata Alsanawi kepada akhbar The Mirror.

Tukang gunting rambut selebriti itu, yang menggunting rambut beberapa pemain Belgium sebelum tersingkir daripada Piala Dunia, turut menawarkan khidmat kepada pasukan Perancis yang menang empat tahun lalu di Russia.

Alsanawi yang menubuhkan syarikatnya pada 2013, sebelum ini berkhidmat sebagai tukang gunting rambut di tempat latihan Chelsea, sebelum kontrak itu berakhir berikutan dakwaan dia menggunakan pemain kelab itu untuk mempromosikan perniagaannya.

England bakal menentang Perancis dalam perlawanan lapan pasukan terakhir Piala Dunia  dengan harapan untuk mara ke separuh akhir. 

Ia akan menjadi kali pertama pasukan kedua-dua negara bertemu di Piala Dunia sejak kemenangan England 3-1 dalam perlawanan pembukaan pada kejohanan 1982 di Sepanyol. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI