fbpx

Konvokesyen UiTM catat rekod skrol terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (dua kanan) menunjukkan sijil pengkitirafan daripada Malaysian Book of Records (MBR) pada istiadat konvokesyen di UiTM Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Dua rekod Malaysia tercipta pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) ke-95 hari ini.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, rekod tersebut adalah jumlah skrol terbanyak dalam sesebuah istiadat konvokesyen dan bilangan skrol tertinggi yang disampaikan oleh seorang Naib Canselor UiTM.

“Bagi rekod jumlah skrol, sebanyak 31,220 skrol diberikan kepada 31,220 graduan pada istiadat kali ini, yang berlangsung dari 26 November hingga 21 Disember ini.

“Bagi rekod kedua, saya sebagai Naib Canselor telah menyerahkan 15,322 skrol kepada 15,322 graduan dalam sesebuah istiadat,” katanya selepas berakhirnya Istiadat Konvokesyen bagi UiTM kampus Semenanjung Malaysia di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Menurut beliau, jumlah tersebut dapat dicapai selepas dua tahun istiadat berkenaan tidak dapat diadakan.

Roziah turut menjelaskan 70 peratus graduan kali ini adalah wanita.

“Manakala bagi pecahan fakulti pula, Fakulti Perniagaan dan Perniagaan mencatatkan graduan yang paling ramai menerima skrol pada istiadat kali ini.

“Istiadat kali ini akan diteruskan di UiTM Kuching bagi graduan yang belajar di kesemua UiTM cawangan Sarawak dan UiTM Kota Kinabalu bagi graduan yang belajar kesemua UiTM cawangan Sabah,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI