fbpx

UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNUAR (kiri) dan Shamsiah antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti keramat itu, malam tadi.

PONTIAN – UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa antara tiga pemimpin parti itu yang dipecat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yassin yang juga isteri bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Seorang lagi yang dipecat ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abu Talib.

“Keanggotaan ketiga-tiga mereka tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Berkhatan Perdana di Mesjid Jamek Kampung Jawa Ulu, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberitahu, pemecatan mereka berkuat kuasa serta-merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini.

Hari ini, media yang memetik sumber melaporkan Annuar, Shamsiah dan Fatimah antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya selepas diputuskan MKT UMNO malam tadi.

Shamsiah dan Fatimah dilaporkan digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terlibat secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI