fbpx

Budak 12 tahun bertunang sepupu 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idea pertunangan itu dicetuskan oleh datuk mereka. - Newsflash

KAHERAH – Sebuah keluarga di Mesir mendapat kecaman kerana didakwa ‘mengahwinkan’ seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dengan sepupu perempuannya yang berumur 10 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pegawai perlindungan kanak-kanak Mesir menyerbu sebuah kediaman selepas gambar memaparkan pasangan muda itu dalam acara seakan majlis perkahwinan dikongsi oleh keluarga mereka secara online.

Ziyad, 12, dan Sama, 10, dirakam pada majlis pertunangan mereka di wilayah Sharqia, utara Mesir.

Sama yang dilihat memakai gaun pengantin berwarna putih dan Ziyad yang bersut biru tersenyum dalam gambar yang dirakam di Pusat Walad Sarq. Ibu bapa mereka dilihat turut berada dalam gambar tersebut.

Semasa acara itu, Ziyad dilaporkan memberi cincin pertunangan kepada Sama di tengah-tengah tepukan dan sorakan daripada keluarga dan rakan-rakan yang berkumpul.

Setelah ditemu bual oleh media tempatan, Ziyad berkata dia sentiasa menyayangi anak kepada ibu saudaranya dan mahu mengahwininya.

Dia berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajiannya agar mereka dapat melangsungkan perkahwinan yang bahagia apabila mencapai umur yang sah.

Keluarga itu mempertahankan pertunangan tersebut dengan mengatakan bahawa datuk Ziyad memberikan idea itu, selain kedua-dua mereka adalah sepupu.

“Saya sayang anak perempuan saya dan mahu mereka sentiasa berhubungan antara satu sama lain, walaupun dalam keturunan sama,” kata datuk Ziyad.

Pengarah Jabatan Am untuk Bantuan Kanak-Kanak, Muhammad Nazmi berkata, pegawai perlindungan kanak-kanak di wilayah Sharkia telah pergi ke rumah keluarga itu untuk menjelaskan kepada ibu bapa tentang bahaya perkahwinan awal kepada anak-anak.

Mereka telah mendapat janji daripada ibu bapa itu bahawa anak-anak itu akan dijaga dengan baik dan sebarang rancangan perkahwinan akan ditangguhkan.

Ibu bapa mereka berkata, walaupun majlis itu diadakan, golongan muda akan berpeluang memilih sama ada mereka benar-benar mahu berkahwin apabila mencapai umur yang sesuai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI