fbpx

653 aduan salah laku penguat kuasa sehingga 5 Disember lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhayati (kanan) menunjukkan poster EAIC di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ipoh hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

IPOH – Sebanyak 653 aduan salah laku melibatkan pegawai penguat kuasa dari seluruh negara diterima Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) setakat 5 Disember lalu.

Ketua Pengawai Eksekutifnya, Norhayati Ahmad berkata, secara keseluruhan, ia melibatkan 467 aduan ataupun 70 peratus terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 37 aduan (6 peratus) terhadap Jabatan Imigresen (JIM).

“Sebanyak 11 (2 peratus) aduan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan, sembilan aduan (1 peratus) melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) manakala 141 aduan (21 peratus) melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Erat EAIC Bersama Masyarakat Peringkat Zon Utara di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Pada masa sama, Norhayati berkata, sebanyak 39 aduan berhubung dakwaan salah laku diterima di Perak iaitu 29 aduan membabitkan PDRM, dua aduan JKDM, satu aduan masing-masing terhadap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan JIM.

“Satu aduan juga diterima terhadap APMM dan Jabatan Perikanan (DOF) manakala enam aduan melibatkan agensi yang bukan di bawah seliaan EAIC,” katanya.

Sementara itu, Norhayati berkata, aduan juga wajar dilihat sebagai ‘hadiah’ ataupun peluang untuk memperbaiki mutu perkhidmatan ditawarkan agensi penguatkuasaan tertentu.

“Agensi penguatkuasaan sering menerima aduan berkenaan ketidakpuasan hati terhadap prosedur dan perkhidmatan yang disediakan, yang sering kali dikaitkan dengan ketidakcekapan serta salah laku.

“Justeru itu, melalui aduan tersebut, kelemahan dalam prosedur dan perkhidmatan dapat dikenal pasti dan diperbaiki,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI