fbpx
Tangkap layar salah satu babak siri animasi Cleopatra in Space.

RTM hentikan siaran animasi Cleopatra in Space serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertindak menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space selepas menerima aduan daripada penonton berhubung kandungannya.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia, animasi tersebut telah disiarkan di TV2 pada 18 dan 19 April lalu, masing-masing pada pukul 9 pagi.

“Susulan daripada aduan yang diterima, RTM telah menghentikan sepenuhnya siaran siri animasi berkenaan dan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh,” katanya hari ini.
RTM menegaskan sebagai stesen penyiaran awam negara, pihaknya komited menyediakan kandungan yang berkualiti, selamat serta mematuhi sensitiviti masyarakat, agama dan norma budaya tempatan.

Dalam masa sama, RTM turut merakamkan penghargaan kepada penonton yang prihatin dan menyalurkan maklum balas membina demi penambahbaikan mutu siaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN