fbpx

PRU15: [RASMI] PN terus kukuhkan dominasi Parlimen di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman diumumkan sebagai pemenang bagi Parlimen Padang Serai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, malam ini.

KULIM – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin mengesahkan kemenangan di Parlimen Padang Serai selepas mendapat majoriti 16,260 menewaskan lima calon lain.

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan dominasi PN bagi kerusi Parlimen di Kedah.

PN sebelum ini menawan 13 daripada 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam PRU15 pada 19 November lalu dengan satu kerusi diraih Pakatan Harapan (PH).

Azman memperoleh sebanyak 51,637 undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi.

Ia diikuti calon BN, Datuk C. Sivaraj mendapat 2,983 undi; calon bebas, Sreanandha Rao sebanyak 846 undi; calon Pejuang, Hamzah Abd. Rahman 424 undi dan calon Warisan, Mohd. Bakhri Hashim 149 undi.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Abdul Bari Abdullah.

PRU15 bagi Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru antara calon PN, Azman; Mohamad Sofee (PH), Sivaraj (BN), Hamzah (Pejuang); Mohd. Bakhri (Warisan) dan calon bebas, Sreanandha Rao.

Calon BN dan Warisan bagaimanapun mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding bagi memberi laluan kepada PH.

Walau bagaimanapun, nama dua calon tersebut tetap ada pada kertas undi memandangkan penyertaan mereka dalam PRU15 telah disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR memutuskan untuk menangguhkan PRU15 bagi Parlimen Padang Serai kepada hari ini susulan kematian calon dan penyandang kerusi tersebut, M. Karupaiya pada 16 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI