fbpx
Tangkap layar gambar daripada pengguna yang terkesan dengan masalah teknikal Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Laluan Kelana Jaya.

Lagi sekali LRT alami masalah teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Transit aliran ringan (LRT) sekali lagi menghadapi masalah teknikal lebih-lebih lagi pada waktu puncak petang di Laluan Kelana Jaya.

Ciapan oleh @askrapidkl di Twitter pada pukul 5 petang tadi menjelaskan beberapa laluan telah dikemaskini kekerapan waktu puncak sehingga pukul 7.30 malam ini.

“Kekerapan bagi Laluan Kelana Jaya adalah lima minit manakala Laluan Ampang/Sri Petaling adalah tiga minit untuk Daerah Pusat Perniagaan (DPP) dan bukan DPP adalah enam minit.

“Bagi Laluan Monorel kekerapannya adalah setiap tujuh minit, Laluan Kajang (enam minit) manakala Laluan Putrajaya (empat minit),” ciapnya.

Namun tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata pengguna telah menunggu lebih 10 minit di stesen-stesen Laluan Kelana Jaya dan bersesak-sesak di kebanyakan platform.

Lebih teruk lagi, ada juga tren yang dinaiki pengguna berhenti di setiap stesen sehingga memaksa pengguna untuk mengosongkan tren.

“Kenapa tweet kekerapan lima minit kalau ada masalah teknikal? Jujur sahajalah, supaya orang ramai boleh ikhtiar cara lain untuk pulang.

“Team Rapid juga yang suruh “rancang perjalanan”. Masalah ini setiap hari. Mana pelan kecemasan? Mana bas perantara? Orang sudah bersesak ini,” ciap seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

POPULAR