fbpx

43 pemandu kena saman tidak pakai tali pinggang keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar di Seberang Jaya, semalam. Gambar: Facebook JPJ Pulau Pinang

SEBERANG PERAI – Sebanyak 43 notis saman telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar semasa memandu di Seberang Jaya, di sini semalam.

Penguatkuasaan itu dilakukan susulan satu operasi yang dikenali sebagai Ops Tali Pinggang Keledar oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) di bawah seliaan JPJ negeri.

Menurut JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini, penguatkuasaan dibuat mengikut Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 iaitu bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar semasa memandu.

“Kajian mendapati, tali pinggang keledar berfungsi untuk menghalang anda daripada terhentak pada papan pemuka atau cermin depan kereta, tercampak keluar dari kenderaan, lazimnya menyebabkan kematian atau kecederaan parah dan terlanggar beg udara yang sedang terbuka dengan pantas, daya yang boleh mencederakan atau membunuh anda.

“Sebagai contoh sekiranya sesebuah kereta bergerak dengan kelajuan 50 km/j (kilometer sejam) dan melanggar objek pegun, kereta akan terhenti tetapi penumpang masih bergerak mengikut arah yang sama pada kelajuan 50 km/j.

“lnilah yang dinamakan ‘inersia’ sehingga sesuatu kuasa menyebabkan ia terhenti,” katanya.

Justeru, JPJ Pulau Pinang menasihatkan pemandu dan pengguna kenderaan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu serta memakai tali pinggang keledar kerana boleh mengurangkan risiko kecederaan parah dan kehilangan nyawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI