fbpx

Sari mewah Kareena Kapoor paling memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAREENA Kapoor dan suaminya, Saif Ali Khan.

PERHIMPUNAN selebriti dalam Festival Filem Antarabangsa Red Sea yang berlangsung di Jeddah menyaksikan kehadiran ramai artis tersohor dari dalam dan luar Arab Saudi.

Kehadiran bintang-bintang Bollywood antara yang menarik perhatian. Selain Shah Rukh Khan (SRK) dan Priyanka Chopra, kemunculan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan juga antara yang memeriahkan malam pengiktirafan untuk karyawan industri perfileman itu.

Ibu kepada dua anak itu nyata antara artis antarabangsa yang paling menjadi tumpuan pada acara permaidani merah apabila hadir mengenakan sari.

Kareena menggayakan sari lengkap dengan aksesori mewah yang menyerlahkan lagi gaya hingga lensa kamera tidak putus-putus dihalakan kepadanya.

Pujian daripada tetamu lain juga kedengaran kerana kagum dengan keindahan persalinan serba eksklusif melambangkan tradisi kebanggaan India.

Majlis pengiktirafan tersebut turut dihadiri ramai personaliti popular Bollywood lain seperti Kajol, AR Rahman, Shekhar Kapur serta Shabana Azmi yang mempamerkan keunikan busana dengan sentuhan tradisional di festival filem di luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI