fbpx

Piala AFF: Aliff Izwan sertai skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Izwan yang juga penyerang Selangor 2 akan melapor diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya esok. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA: Penyerang muda kelab feeder Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan menerima khabar gembira apabila dinaikkan ‘pangkat’ untuk menyertai skuad Harimau Malaya yang sedang melakukan persiapan ke saingan Piala AFF 2022 ketika ini.

Keputusan itu dibuat oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon selepas menyaksikan Aliff tampil komited sewaktu menjalani latihan pusat bersama skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia, pemain berusia 18 tahun itu akan menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh perancang Terengganu FC (TFC), Faiz Nasir yang terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

“Aliff telah menarik perhatian Pan Gon ketika skuad Harimau Malaya mengadakan sesi latihan bersama dengan skuad B-23 kendalian E. Elavarasan minggu lalu serta perlawanan latihan membabitkan kedua-dua pasukan pada 2 Disember lalu.

“Malah, Elavarasan yang juga penolong jurulatih Harimau Malaya turut memberi cadangan kepada Pan Gon untuk penyenaraian pemain ini ke skuad senior.

“Dalam masa yang sama, Pan-gon terpaksa menggugurkan Faiz Nasir yang mengalami masalah kesihatan biarpun telah hadir melapor diri pada 29 November lalu.

“Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah pemain yang berada dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya ketika ini kekal seramai 28 pemain termasuk Dion Cools yang akan melapor diri pada 16 Disember ini,” kata kenyataan tersebut.

Skuad negara akan mengharungi dua aksi persahabatan menentang Kemboja pada 9 Disember dan Maldives (14 Disember) sebagai persiapan sebelum mengharungi kempen Piala AFF 2022 yang akan bermula pada 20 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI