fbpx

PRU15: Penyokong masih keliru, tetap mahu undi BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivaraj pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN Parlimen Padang Serai di Kulim, hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

KULIM – Ramai penyokong Barisan Nasional (BN) masih keliru apabila tetap mahu mengundi gabungan itu, bukan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai pada 7 Disember ini.

Calon BN, Datuk C. Sivaraj berkata, beliau menerima banyak panggilan daripada pengundi BN yang keliru kenapa mereka perlu mengundi PH.

“Mereka juga tanya bagaimana proses menarik diri (BN daripada bertanding) ini boleh berlaku.

“Jadi, saya ambil kesempatan ini dengan merayu semua penyokong supaya undi PH walaupun nama saya ada dalam kertas undi,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN Parlimen Padang Serai di sini hari ini.

Kata beliau, peluang untuk menang lebih cerah sekiranya semua penyokong BN memberi undi kepada calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak.

“Adalah wajar pengundi yang sokong BN undi PH kerana ia lebih baik pertandingan satu lawan satu (dengan Perikatan Nasional), baru ada peluang menang,” ujarnya.

Menurutnya, kemenangan PH penting bagi membawa kesinambungan janji-janji beliau untuk membangunkan Padang Serai.

“Jika calon PH menang, perbincangan dan pelaksanaan untuk membangunkan kawasan ini dapat dilaksanakan,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang sokongan pengundi Melayu, beliau berharap pimpinan UMNO dapat meyakinkan mereka untuk mengundi PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI