fbpx

Piala Dunia: Giroud pacu Perancis ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD (kiri) mencetak nama selaku penjaring terbanyak Perancis selepas meledak satu gol menewaskan Poland 3-0 sebentar tadi. - AFP

DOHA – Juara bertahan, Perancis menepati ramalan apabila mudah melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2022 susulan kemenangan 3-1 ke atas Poland pada pusingan 16 di Stadium Al Thumama sebentar tadi.

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps tentunya berpuas hati melihat prestasi skuad bimbingannya biarpun anak-anak buahnya berpeluang meledak lebih banyak gol dalam aksi itu.

Dalam aksi itu, Olivier Giroud membuka tirai jaringan buat Perancis pada minit ke-44 sebelum Kylian Mbappe meledak dua gol bermula minit ke-44 dan 91.

Gol tunggal Poland pula berjaya dijaringkan oleh Robert Lewandowski menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan.

Bagaimanapun, satu gol daripada Giroud lebih mencuri tumpuan apabila dia kini menempa sejarah baharu bola sepak Perancis sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat pasukan itu.

Bekas penyerang Arsenal dan Chelsea yang kini beraksi dengan AC Milan itu memegang rekod tersebut dengan kelebihan satu gol ke atas legenda Perancis, Thierry Henry (51 gol).

Situasi itu membuktikan Giroud masih relevan untuk mengetuai jentera serangan Perancis biarpun sudah berusia 36 tahun disebabkan kecederaan dialami Karim Benzema sebelum sepak mula Piala Dunia.

Apa yang pasti, rekod tersebut tentunya menyemarakkan lagi semangat Giroud untuk membantu Perancis mara ke separuh akhir apabila bertemu pemenang antara England dan Senegal di suku akhir pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI