fbpx
KIM KARDASHIAN dan Kanye West kini mencapai persetujuan tentang hak jagaan dan nafkah anak-anak.

Nafkah anak Kim Kardashian RM890,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kanye West mencapai persetujuan bersama untuk berkongsi hak penjagaan terhadap empat orang anak mereka termasuk nafkah.

Menerusi kesepakatan yang dibuat, Kim akan menerima sejumlah (AS$200,000) iaitu sekitar RM890,000 secara bulanan daripada West sebagai wang nafkah untuk empat orang anak mereka yang berusia antara sembilan hingga tiga tahun.

Hal ini kerana, anak-anak lebih banyak menghabiskan masa bersama bintang Keeping Up With the Kardashians itu berbanding bapa mereka.
Pasangan itu berkahwin pada 2014, sebelum Kim memfailkan permohonan cerai tahun lalu.

Dia memberikan alasan sudah tidak sehaluan selain gagal berdamai.

Beberapa bulan kebelakangan ini, West mencetuskan pelbagai kontroversi sehingga menjejaskan reputasi dan kontraknya bersama beberapa jenama besar dunia. Dia turut menghentam selebriti lain secara terbuka.

POPULAR