fbpx

Ketua Polis Daerah Jeli meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Arifin

KOTA BHARU – Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada salur kencing, kencing manis dan tekanan darah rendah sebentar tadi.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Ahmad,47 menghembuskan nafas di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital KPJ Perdana di sini kira-kira pukul 9.43 malam.

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bembam, Mukim Bechah Resak, Chabang Empat dekat Tumpat pada pukul 10 pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI