fbpx

Gaji Jemaah Menteri dipotong 20 peratus tiap bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. - Kredit foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Gaji setiap Jemaah Menteri dipotong sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.

Anwar berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira semangat keprihatinan barisan Jemaah Menteri terhadap masalah dihadapi rakyat ketika ini.

“Kami setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan,” katanya pada sidang akhbar hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini.

Katanya, pemotongan gaji itu akan dibuat sehingga ekonomi negara pulih.

“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun),” jelasnya

Dalam pada itu, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar tidak ambil gaji Perdana Menteri tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI