fbpx

Cadang Hadi jadi ketua pembangkang bertaraf menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA- Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, perkara itu dilihat wajar memandangkan Pas memenangi kerusi parlimen paling banyak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Sudah pastinya, Presiden Pas merupakan sosok terbaik untuk menjawat jawatan ketua pembangkang Dewan Rakyat bertaraf menteri dan menerima elaun serta kemudahan yang sewajarnya.

“Abdul Hadi juga memiliki pengalaman sebagai ketua pembangkang yang cukup berkesan iaitu pada 2002 hingga 2004.

“Kebijaksanaan Presiden PAS sebagai ketua pembangkang pasti menjadi cerminan wibawa menyeluruh PAS itu sendiri sebagai parti yang mewakili suara orang Melayu dan Islam terbanyak di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15, Pas memenangi sebanyak 49 kerusi Parlimen sekali gus muncul sebagai parti paling ramai di Dewan Rakyat.

Pas turut berjaya menyapu bersih 25 Parlimen dengan lapan di Terengganu, Kelantan (14) dan Perlis (3) serta Kedah (13). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI