fbpx

Aksi bahaya budak berpaut di belakang lori dirakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUDAK lelaki itu dirakam berpaut di belakang pintu sebuah lori. - DetikSumut

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berpaut di pintu belakang sebuah lori yang dipandu laju di jalan raya, lapor laman berita Detik hari ini.

Aksi kanak-kanak itu menimbulkan kebimbangan netizen yang menonton atau menyaksikan kejadian tersebut secara langsung di jalan tol yang dikenali sebagai Tol Priok.

Ketua Unit Rondaan Lebuh Raya Metro Jaya, Sutikno memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku pada petang Jumaat lalu.

“Ia berlaku di jalan tol Wiyoyo Wiyono dari Priok ke Ancol,” katanya.

Polis kini menyiasat kejadian itu menerusi rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk mengetahui identiti budak lelaki itu.

Menurut Sutikno, kejadian itu tidak ada kaitan dengan jenayah kecurian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI