fbpx

Bom buatan sendiri punca kereta api tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

 

BANGKOK – Pihak berkuasa menyatakan bahawa sebutir bom yang ditanam di landasan menjadi punca sebuah kereta api  barang tergelincir di daerah Sadao dalam wilayah Songkhla selepas tengah hari tadi, lapor akhbar Bangkok Post.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Insiden berlaku ketika kereta api kargo nombor 707 yang beroperasi antara Hatyai dan Padang Besar menghampiri Stesen Kereta Api Khlong Ngae di Kampung Moo 2 sejurus selepas tengah hari.

Kereta api itu tergelincir selepas bunyi kuat seperti letupan bom didengari di atas landasan, lapor media Thailand.

Pemeriksaan selepas kejadian oleh pegawai kereta api Thailand dan pegawai agensi keselamatan mendapati kemalangan  itu berlaku disebabkan oleh  letupan bom.

Letupan itu menyebabkan kawah sedalam dua meter terbentuk, manakala pihak berkuasa percaya bom buatan sendiri digunakan dalam kejadian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI