fbpx

AS dedah pesawat pengebom B-21 Raider

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS mendedahkan buat pertama kali pesawat pengebom kalis radarnya, B-21 Raider pada Jumaat lalu. - AFP

PALMDALE, CALIFORNIA – Pesawat pengebom nuklear kalis radar terbaharu Amerika Syarikat (AS), B-21 Raider dipertontonkan kepada orang ramai di California Jumaat lalu selepas pembinaannya dilakukan selama bertahun-tahun secara rahsia, lapor akhbar New York Post.

Ia merupakan pesawat pengebom AS serba baharu yang pertama dibina dalam tempoh lebih 30 tahun lalu dan didedahkan kepada orang ramai dalam satu majlis di Loji 42 Tentera Udara, Palmdale dalam upacara yang dikawal ketat.

“Ini bukan sekadar sebuah pesawat. Ia menunjukkan keazaman Amerika untuk mempertahankan negara yang kita semua sayangi,” kata Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

Pesawat pengebom halimunan B-21 adalah sebahagian daripada usaha AS untuk memodenkan komponen persenjataannya melibatkan peluru berpandu balistik nuklear dan hulu peledak nuklear yang dilancarkan dari kapal selam kerana bagi menyaingi pemodenan ketenteraan China.

Ia akan menggantikan pesawat B-1 Lancer dan B-2 Spirit yang kini dalam perkhidmatan namun sudah berusia.

Pesawat dikatakan mirip B-2 itu dibina oleh syarikat Northrop Grumman Corp manakala kos pembinaannya tidak diketahui. 

Bagaimanapun, Tentera Udara AS sebelum ini meletakkan harga pada kos purata AS$550 juta (RM2.4 bilion) setiap satu pada tahun 2010 iaitu bersamaan dengan kira-kira AS$753 juta (RM3.3 bilion) ketika ini.

Enam pesawat itu sedang dalam proses pengeluaran manakala Tentera Udara AS merancang untuk menggunakan 100 buah pesawat tersebut yang boleh membawa sama ada senjata nuklear atau bom konvensional dan boleh digunakan dengan atau tanpa kru manusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI