fbpx

Penyatuan cinta, bintang bola sepak kahwini artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN pasangan luar negara, pemain JDT, Safawi dan Syifa Melvin menjadi pasangan bintang bola sepak dan selebriti terkini mengikat tali perkahwinan.

KISAH golongan selebriti dalam dan luar negara bertemu jodoh dengan bintang sukan, terutama bole sepak bukan
perkara asing.

Dalam dunia hiburan tanah air, nama-nama seperti As Feminin dan pasangannya, Azman Adnan, Datin Salwa Abdul Rahman dan Datuk Subadron Abdul Aziz, Ayu Raudhah dan Zakuan Adha, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan (sudah bercerai) antara yang terjebak cinta dua bidang popular tersebut.

Dari zaman bercinta, perkahwinan sehinggalah beranak-pinak, apa sahaja yang berlaku dalam perkahwinan ‘campur’, seni dan bola akan diperhatikan.

Terbaharu, seorang lagi bintang sepak tanah air iaitu pemain sayap kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Safawi Rasid, 27, berkahwin dengan pesohor media sosial, Syifa Melvin, Isnin lalu.

Minggu ini, Gala membawakan beberapa selebriti ternama tanah air dan antarabangsa yang mendirikan rumah tangga bersama ahli sukan.
Terdapat yang masih kekal bergelar suami isteri dan ada juga telah berpisah.

David Beckham & Victoria Beckham

Sejak mendirikan rumah tangga pada Julai 1999, David yang merupakan bekas pemain kelab terkemuka, Manchester United dan Victoria boleh dilabel sebagai pasangan selebriti paling berpengaruh sehingga hari ini.

Melewati semula titik pertemuan mereka, pasangan itu mula menjalin cinta selepas pertama kali bertemu pada satu perlawanan bola sekitar 1997.
Hasil perkahwinan lebih dua dekad, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper.

Bagaimanapun, sepanjang perkahwinan, rumah tangga bekas anggota kumpulan Spice Girl dan Beckham tidak terlepas daripada melalui fasa turun naik.
Antara kisah panas yang terkait ialah dakwaan Beckham berlaku curang dengan seorang wanita bernama Rebecca Laos sekitar 2018.

Shakira & Gerard Pique

Pada Jun 2010, bibit percintaan antara Shakira dan Gerard Pique tercetus selepas pertama kali bertemu di set penggambaran video muzik Waka Waka iaitu lagu tema Piala Dunia FIFA 2010.

Selepas pelbagai spekulasi, pasangan itu secara rasmi mengumumkan perhubungan mereka pada Mac 2011.
Shakira kemudian hamil dan mereka selamat menimang Milan Pique Mebarak pada 22 Januari 2013. Mereka kemudian dikurniakan anak kedua, Shasha Pique Mebarak pada January 2019.

Bahagia tidak bertahan lama, Shakira pada Jun lalu mengesahkan perceraian dengan Pique selepas 11 tahun bersama. Meskipun mengakui melalui fasa paling gelap dalam hidup selepas perpisahan dengan Pique, Shakira belum membuka mulut mengenai punca perceraian mereka.

Eyra Hazali & Haziq Nadzli

Selepas bertunang hampir setahun, pelakon Eyra Hazali bergelar isteri kepada bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli pada 31 Oktober 2019.
Mendirikan rumah tangga pada usia muda, pelakon drama Mr. Grey itu tidak bimbang sekiranya populariti yang pada ketika itu berada di puncak akan memudar.

Hasil perkahwinan bersama Haziq yang merupakan penjaga gol skuad kebangsaan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder Qhalish Haziq dan Muhammad Endra Haqimie. Kini, bukan sahaja Eyra dan Haziq menjadi tumpuan tetapi video Hayder juga sering tular dalam media sosial.

Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Pada Februari 2008, aktres terkenal, Rita Rudaini mengejutkan ramai apabila dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Aidil Zafuan di Songkhla, Thailand.
Selepas mencetuskan pelbagai spekulasi, mereka akhirnya membuka mulut, sekali gus mengumumkan kehamilan pertama Rita, sebelum bersalin anak pertama pada Julai 2009.

Kemudian, pada 31 Mac 2011, pasangan berkenaan sekali lagi diberikan rezeki menimang cahaya mata kedua.
Sepanjang tempoh perkahwinan, Rita dilanda 1,001 dugaan seperti tidak diterima keluarga mentua sehingga disahkan bercerai pada September 2015.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI