fbpx

Dua beradik rompak kedai serbaneka, menyorok rumah keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Dua beradik berpura-pura seperti pelanggan sebelum melakukan samun bersenjata menggunakan parang di dua kedai serbaneka di Skudai, di sini, kelmarin.

Dua suspek itu menggunakan parang yang disembunyikan dalam baju dan mengugut pekerja kedai serbaneka itu yang berada di kaunter samun sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, dua beradik berkenaan memasuki kedai serbaneka tersebut dengan memakai topi keledar.

Beliau berkata, dua suspek berusia 33 dan 39 tahun itu akan berpura-pura memilih barang bagi mengelak dicurigai sebelum mengugut pekerja premis yang berada di kaunter.

“Apabila berada di kaunter seorang daripada suspek mengacukan parang dan mengugut pekerja di kaunter supaya menyerahkan hasil jualan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal yang ditunggang suspek berusia 39 tahun.

“Bagi mengelak dikesan polis selepas melakukan jenayah tersebut, kedua-dua suspek akan menyembunyikan diri di rumah keluarga mereka di kawasan perumahan di Layang Layang, Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Johor kemudian menubuhkan satu pasukan khas dan hasil risikan maklumat berjaya menahan dua suspek berkenaan.

Katanya, pihaknya turut merampas sebuah motosikal, topi keledar dan pakaian suspek semasa melakukan jenayah tersebut.

“Kedua-dua beradik tersebut merupakan penganggur serta mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing yang dibuat mendapati suspek ini positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan lanjut dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI