fbpx

Yamaha Y15, Honda RS-X menanti pengunjung bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CABUTAN bertuah menjadi salah satu acara untuk memeriahkan lagi perlumbaan penutup musim Cub Prix 2022 kali ini di Batu Kawan.

BERSEMPENA perlumbaan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim 2022 di Batu Kawan, Pulau Pinang esok, penganjur perlumbaan telah menawarkan dua buah motosikal yang bakal menjadi milik pengunjung bertuah.

Motosikal yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah itu nanti adalah sebuah motosikal Yamaha Y15 dan juga Honda RS-X.

Sekiranya pengunjung berhasrat untuk memiliki dua model motosikal terhangat di pasaran itu, para pengunjung hendaklah membeli Happy Beg Cub Prix yang akan dijual di khemah Happy Bag sepanjang kejuaraan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan yang bermula 3 dan 4 Disember ini.

Beg tersebut yang mengandungi baju-T edisi khas Cub Prix, minyak pelincir serta pemegang kunci dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg, akan diberikan kupon untuk menyertai cabutan bertuah.

Lebih banyak pembelian, maka lebih banyak kupon cabutan bertuah akan diberikan dan peluang untuk menang adalah lebih cerah.

Selain motosikal yang menjadi hadiah utama, pelbagai hadiah menarik lain juga disediakan oleh pihak penganjur buat para pengunjung yang bertuah nanti, antaranya adalah jaket, helmet dan bermacam-macam lagi.

Pengumuman untuk para pemenang cabutan bertuah Happy Beg Cub Prix ini akan berlangsung pada pukul 4.30 petang Ahad ini.

Selain jualan Happy Beg, satu lagi acara samping iaitu Cabutan Bertuah Khas turut diadakan pada hari Sabtu (3 Disember) dan para pemenang bakal memenangi pas khas bagi membolehkan mereka melawat kawasan paddock kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Acara lain yang turut diadakan pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 adalah perhimpunan K Kar, Carnival Honda dan juga Bike Autoshow.

Cub Prix yang mula membuka tirai pada Mac tahun ini, kini sudah sampai ke kemuncak saingan dan Batu Kawan menjadi venue untuk pusingan penutup tirai, sekali gus mengesahkan siapa yang bakal muncul sebagai pelumba serta pasukan terbaik pada tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI