fbpx

Rehabcentric bantu pesakit kembalikan kualiti kehidupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miranda (tengah) menyerahkan hadiah kepada pemenang Cabaran Rehabcentric di ADMC baru-baru ini.

PETALING JAYA – Ara Damansara Medical Centre (ADMC) telah menjenamakan semula pusat rehabilitasinya sebagai pusat sehenti Rehabcentric. 

Pusat tersebut menyediakan perkhidmatan serba lengkap dengan matlamat membantu pesakit mengembalikan kualiti kehidupan menerusi perkhidmatan penjagaan yang cekap dan tepat pada masanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Miranda Harumal berkata, rehabilitasi merupakan komponen penting dalam tempoh pemulihan selepas kecederaan dan pihaknya adalah antara beberapa hospital persendirian di negara ini yang terawal menyediakan rangkaian perkhidmatan sehenti dan menyeluruh kepada pesakit.

Menurut beliau, rawatan yang disediakan boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit dengan matlamat untuk mengembalikan kesihatan mereka kepada tahap optimum.

“ Identiti baharu kemudahan ini ternyata merupakan satu perkembangan positif bagi ADMC kerana ia menunjuk secara jelas perkhidmatan yang kami sediakan di bawah satu bumbung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena penganjuran majlis bertema kecergasan, Rehabcentric FitFest, yang melibatkan beberapa aktiviti kecergasan yang terbuka kepada masyarakat  di sini baru-baru ini. 

Acara utama program tersebut adalah  Cabaran Rehabcentric yang melibatkan tiga cabaran khusus bagi peserta yang menggunakan kerusi roda dan lima cabaran bagi peserta lain. 

Tiga pemenang dalam kategori lelaki, wanita dan kerusi roda cabaran Rehabcentric masing-masing membawa pulang baucar tunai bernilai RM500. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI