fbpx

Nad Zainal senyum buat Norreen Iman meraung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORREEN Iman teruja sebaik berpeluang melihat sendiri keadaan Nad Zainal menerusi panggilan video yang semakin menunjukkan perkembangan positif.

PETALING JAYA – Pesohor media sosial dan pelakon, Norreen Iman menangis kegembiraan sebaik melihat senyuman rakannya, Nad Zainal yang sudah sedarkan diri menerusi panggilan video, malam tadi.

Menurutnya, dia terkejut apabila aktor Ungku Ismail menghubungi tanpa memaklumkan dia berada di sisi sahabat baik mereka itu di hospital dan kemudian terus menghalakan kamera telefon ke wajah Nad.

“Wei, abangku buat kejutan! Dia ‘call’ aku, tunjuk muka Nanad (panggilan manja Nad). Dia (Nad) dah bangun. Nanad senyum, meraung aku,” kongsi pelakon Cina Buta itu menerusi hantaran InstaStory.

Pada masa sama, Norreen yang bergandingan dengan aktres itu dalam drama Cina Buta turut mendedahkan tidak dapat berkata-kata disebabkan terlampau sebak.

“Meskipun hanya beberapa saat melihat Nanad, saya nampak keadaannya sangat baik. Kami sama-sama berpandangan, tetapi saya yang menangis tanpa suara,” katanya.

Norreen juga menyatakan perasaannya kini semakin tenang selepas menerima perkhabaran terbaharu pelakon itu.

Terdahulu, lebih seminggu ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta, pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu sudah boleh bercakap dan memegang telefon.

Berita gembira tersebut dikongsikan Ungku Ismail Abdul Aziz menerusi satu perkongsian video dalam Instagram malam tadi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Ampang Puteri pada 22 November lalu akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI