fbpx

Azizan Osman diiktiraf akauntan bertauliah MIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan Osman

PETALING JAYA – Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman kini diiktiraf sebagai akauntan bertauliah di bawah Institusi Akauntan Malaysia (MIA).

Perkara itu dikongsikan beliau selepas menerima pengesahan daripada MIA berhubung permohonannya menerusi emel baru-baru ini.

“Tak percaya. Masya-Allah baru terima kelulusan sebagai akauntan bertauliah di (Malaysian Institute of Accountant).

“Impian boleh jadi kenyataan, Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran di Instagram, semalam.

Sementara itu, pihak MIA turut mengucapkan tahniah dan akan menghantar surat rasmi kepada Azizan dalam masa terdekat.

MIA memaklumkan bahawa Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) itu juga akan mengikuti Kursus Induksi Ahli dalam tempoh enam bulan selepas kemasukannya.

“Keperluan ini diperuntukkan di bawah Seksyen B100 Undang-Undang Kecil Institut (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional),” katanya.

Terdahulu, Azizan telah berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI