fbpx

AMD A muncul juara saingan Piala Pra U anjuran KPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMD A dinobatkan sebagai juara Piala Pra U anjuran KPT selepas menumbangkan MUFT pada aksi final kelmarin.

Oleh ASZAHARI ALI

AKADEMI Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) A muncul juara Kejohanan Piala Pra U 2022 selepas menewaskan skuad Malaysia University Football Team (MUFT) 2-1 di padang astaka AMD kelmarin.

MUFT terlebih dahulu berada di depan selepas penjaring terbanyak kejohanan edisi kedua, Muhammad Izrin Ibrahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-20 selepas bola terkena pemain AMD di dalam kotak penalti.

AMD yang beraksi di hadapan kira-kira seribu penyokong tidak menunggu lama untuk me­nyamakan kedudukan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang tidak disia siakan penyerang AMD, Muhamad Syahir Sukri pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

AMD terpaksa menunggu babak kedua bersambung untuk meraih gol kemenangan menerusi Muhammad Adam Haris Hamizon yang melepaskan sepakan deras ke arah gawang lawan pada minit ke 88 untuk kedudukan 2-1 dan ia kekal hingga perlawanan ditamatkan.

Kemenangan itu menyaksikan AMD menerima hadiah wang kemenangan RM10,000 sementara MUFT menerima RM8,000, manakala RM4,000 diterima Akademi Bola Sepak Terengganu (ABT) yang meraih tempat ketiga.

Sesi penyampaian hadiah berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian (Perancangan dan Stategik) Kementerian Pengajian Tinggi, Norisma Mohd. Ismail.

Selain AMD, MUFT dan AMT, dua pasukan iaitu Akademik Bola Sepak Felda serta AMD B turut menyertai kejohanan yang bermula pada 22 November lalu itu.

AMD turut meraih kegembiraan berganda apabila pemain mereka, Mohamad Farish Daniel Mohd. Rahima dinobat pemain terbaik perlawanan dan menerima hadiah wang tunai RM500.

Ketua Jurulatih AMD, Amirul Naza Mohammad nyata gembira dengan kejayaan anak buahnya biarpun mereka memulakan saingan dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 pada pusingan awal kejohanan.

Kementerian Pengajian Tinggi mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Piala Pra U bermula 2021 bertujuan mengumpulkan pemain terbaik akademi bola sepak negara selain membuka peluang kepada pemain untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI