fbpx
FAISAL turut dinamakan sebagai pemain yang akan menggalas tugas kapten Harimau Malaya selain Brendan, Safawi dan Cools. – FB FAM

Empat pemain galas tugas kapten negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengesahkan empat pemain telah diberikan peranan selaku kapten bersama untuk mengharungi kempen Piala AFF 2022 yang akan membuka tirai rasmi pada 20 Disember depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, empat pemain yang bakal memikul tanggungjawab tersebut adalah Brendan Gan, Faisal Halim, Dion Cools dan Safawi Rasid.

“Pan-gon telah melantik Brendan dan Faisal untuk ber­sama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala AFF 2022.

“Dion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen Piala Raja Thailand di Chiang Mai, Thailand, September lepas.

“Namun, ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini menyaksikan Brendan dan Faisal diberikan peranan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya,” kata kenyataan tersebut.

Sejak Pan-gon mengambil alih skuad Harimau Malaya pada tahun ini, tiada pemain yang diberikan secara tetap tugas selaku kapten pasukan dengan peranan tersebut dipikul secara bersama oleh pemain yang dianggap ‘senior’.

Pemilihan Brendan sememangnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu memiliki ciri kepimpinan yang tinggi selain menjadi kapten tetap skuad Se­langor FC.

Faisal yang baru berusia 24 tahun pula dianggap sebagai salah seorang pemain paling berpe­ngaruh Harimau Malaya ketika ini berdasarkan prestasi konsis­ten yang dipamerkan sepanjang bersama skuad Terengganu FC (TFC) tahun ini.

POPULAR