fbpx

Ceroboh kawasan KKIA, lelaki warga asing dipenjara 12 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang lelaki warga asing selepas didapati bersalah menceroboh masuk kawasan KKIA pada 27 November lalu. - Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang lelaki warga asing selepas didapati bersalah menceroboh masuk kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 27 November lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Jessica Ombou Kakayun ke atas Alsid Patulla, 30, yang dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Tertuduh turut diarahkan supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman untuk tindakan selanjutnya.

Pendakwaan kes dijalankan Inspektor Albert Basiri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pengakuan tertuduh, lelaki berasal dari daerah Semporna tidak mempunyai tiket penerbangan, namun mahu ke Kuala Lumpur bagi mencari saudaranya dalam kejadian pukul 9.50 malam itu.

Tertuduh mengaku memanjat pagar dan masuk ke kawasan KKIA sebelum berjalan sejauh tujuh kilometer untuk mendekati pesawat Air Asia AK 5303 yang akan berlepas ke Johor Bharu.

Bagaimanapun, cubaan tertuduh menaiki pesawat berkenaan berjaya dihalang pengawal keselamatan yang bertugas sebelum dibawa ke Balai Polis KKIA untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI