fbpx

Bank Rakyat tawar kadar keuntungan 2.15%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bank Rakyat menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i menawarkan kadar keuntungan serendah 2.15 peratus setahun, jauh lebih rendah berbanding penawaran di pasaran semasa. 

Kadar istimewa itu ditawarkan kepada pelanggan yang membuka akaun baharu Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat bermula 1 Disember hingga 30 Disember 2022 tanpa sebarang jumlah minimum pembiayaan. 

Lebih menarik, pelanggan baharu dan sedia ada Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat turut berpeluang memenangi hadiah lumayan berjumlah keseluruhan lebih RM370,000 dengan melanggan atau membuat pembiayaan semula dengan jumlah minimum RM50,000. 

Antara 14 hadiah eksklusif yang bakal dimenangi pemenang bertuah termasuk dua buah kereta Honda HRV, dua buah motosikal Yamaha LC dan 10 unit telefon pintar iPhone 14. 

Bank Rakyat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, promosi istimewa yang ditawarkan menjelang musim cuti hujung tahun itu bukan sahaja memenuhi keperluan kewangan pelanggan, malah memberi penjimatan serta lebihan tunai untuk menguruskan perbelanjaan peribadi sebagai persiapan tahun baharu.

“Promosi ini juga menampilkan kelainan daripada tawaran kempen Bank Rakyat sebelum ini kerana menawarkan kadar terendah berbanding kadar keuntungan yang pernah ditawarkan sebelum ini,” katanya. 

Tambahnya, tawaran berkenaan yang menyasarkan warganegara Malaysia daripada sektor awam dan swasta juga merupakan salah satu inisiatif dalam menggalakkan masyarakat supaya mendapatkan kemudahan kewangan daripada institusi perbankan yang sah. 

Maklumat lanjut boleh didapati di cawangan Bank Rakyat berhampiran atau laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my.

POPULAR