fbpx

Pemandu Myvi biru samseng diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tamngkap layar memaparkan pemandu Myvi memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan di hadapan The One Academy, Jalan PJS8 semalam.

PETALING JAYA – Individu lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru jadi buruan polis susulan berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan di hadapan The One Academy, Jalan PJS8, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya berjaya mengesan satu video rakaman papan pemuka dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan rakaman kamera pemuka berkenaan, kami mendapati kejadian sebenar berlaku semalam kira-kira pukul 5.05 petang.

“Hasil pemerhatian insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian berkenaan, beliau meminta pemilik video rakaman kamera papan pemuka terbabit supaya tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 6017-737 8704,” ujar beliau.

Pada masa sama, Farouk juga mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi video dan gambar yang boleh menimbulkan keresahan dan kegusaran orang awam,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, pemandu tersebut tampil memohon maaf di atas tindakannya itu menerusi hantaran yang dimuat naik di kumpulan Facebook, DashCam Owners Malaysia hari ini.

“Saya pemilik Myvi berwarna biru memohon maaf atas kesalahan saya yang melakukan ‘roadbully’. Saya mengaku telah melampaui batas dan membahayakan orang di sekeliling,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI